Bila mau habis da??

Chap Goh Mei pun dah habis..menandakan raya Cina dah habis. Masalahnya limau dalam peti ais kat ofis ammi tak habis-habis.

Itu pun orang datang office ammi letak sebiji dua limau nak kasi habis cepat.  Nak bawak balik macam alahaiiii malasnya nak berat2 naik MRT.

Sudahnya itulah makan tengahari ammi sepanjang minggu lepas.  Sehari 2 biji.


Ini sebenarnya bekas letak sponge basuh mangkuk.  Haritu boss gi Ikea dia beli 2 sebab twin pack.  Apa kejadahnya sampai 2 kan.. Meh sini ammi jadikan mangkuk makan.


9 comments:

  1. ha ha ha..opis ayu baru abis...isnin lepas. lega!

    ReplyDelete
  2. SA memang x leh makan limau mandarin ni...memang terus sakit tekak la lepas tu

    ReplyDelete
  3. bagus untuk pencernaan tu ammi layan buah limau je
    best tu sampai penuh peti ngn limau... dana tahun ni nak beli kt pasaraya pun asik abis je

    ReplyDelete
  4. Pass sini la Ammi. Kita dapat rasa sebijik je limau Mandarin tahun ni...

    ReplyDelete
  5. waaa buah limau......hebatnya tahun baru china


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  6. Satu bilik bau limau ni...! hehehehe

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak dpt buah limau free sejak duduk sini ni.

    ReplyDelete
  8. Dah 2 tahun tak dapat limau free :)

    ReplyDelete
  9. ehh CNY kali ni macam kurang pulak terima limau hehe

    ReplyDelete