Fun Saturday... fun lah sangat

Last Friday balik dari kerja ammi terus naik komuter ke Seremban. Ada berita yang kurang menyenangkan. Selagi tak balik jumpa dan tengok muka mama...selagi tu tak tenang rasa hati.

Ok...dah jumpa mama hati dah lega.  Sabtu ammi bawak anak buah ammi Alya gi Jusco.  Ammi memang dah niat dalam hati nak belanja dia sebab dia jagakan mama lepas operation haritu.  Dia yang selalu bawak mama gi appointment semenjak sebelum operation.  

So kitorang pun pergilah Jusco.  Ya Allah...macam ulek taik manusia kek dalam tu.  Apo????  


Ammi beli barang yang Alya nak laju2..tapau makanan yang mama suka laju2 mohlah balik.  Dahlah kat dalam Jusco tu pun boleh berpeluh2 paneh.

Keluar nearly pukul 3..pukul 5 dah sampai rumah.  Punyalah express kitorang kat dalam tu.

Kejap tu jiran mama selang 2 rumah ajak gi jogging.  Ok mohlah kita tukar baju ke Lake Garden.  Lake Garden dengan rumah kitorang dalam 8-10 minit je kalau naik kereta.


Alya, Meera & Ammi.

Dah kenapa berdiri gaya gitu ammi?


Penat namatiiiiii.  Eyebag kanan ammi bukan main seronok lagi tonjolkan diri.  


Dapatlah briskwalk 3.42 km.  Rasanya towards nak sampai ke kereta balik tu ammi dah rasa nak pitam.  Macam nak merangkak je.  Mula walk around 5.30 settle semua 6.15 gitu.  

Panas lit-lit satu hal...badan terkejut pun satu hal.  

Selalu ammi briskwalk kat bawah apartment je.  Buat 3 round dan laluan dia landai je.  Takde membukit bagai.  Ni kojap turun, kojap naik bukit, kojap naik tanggo...kogheh botih acik ha.



So total step dapatlah banyak tu untuk hari Sabtu.  Still tak mencapai target sbb yelah dalam rumah sapa pulak nak usung handphone ke sana ke mari kan.  Kalau kira semua mau lobih 10k.

3 comments:

  1. YElah Jusco S2 forever ramai orang. Cobid ke tak cobid ke serupa je lebih kurang.
    Mrs. A time office lunch kat situ.

    ReplyDelete
  2. dah dekat 10k steps tu, rasa memang lebih dah tu tak masuk time jalan pegang tepon kan. Anyway, jom join giveaway sya :)

    ReplyDelete