Mama and her Superficial Parotidectomy

Masa awal-awal PKP 2.0 diumumkan ammi dah pack barang semua and sefamily balik Seremban.

Mama dijadualkan untuk operation pada 20.1.2021. Bayangkan kalau ammi tak balik sebelum pelaksanaan PKP...confirm ammi takleh jenguk mama nanti.  

Ada yang kata ammi antara penyumbang spread of Covid...ishhhh.  Kalau korang kat tempat ammi korang buat apa ye?  Korang rasa korang boleh tidur malam ke bila mak ayah korang kena operate pastu korang takde dengan dorang?

Appointment terakhir mama sebelum operation ammi follow mama. Doctor bagi tau complications yang bakal mama hadapi..risiko-risikonya. Nak taknak mama kata "i go for it". Ok kita ikut kata mama.


Apa itu SUPERFICIAL PAROTIDECTOMY?

Sejenis pembedahan untuk remove (membuang) ketulan dan keseluruhan kelenjar dan pada masa yang sama nak pastikan saraf-saraf muka terjaga. According to doctor, pembedahan ni agak kritikal sebab dekat muka kita banyak sangat saraf2 kecil. Tersilap akan menyebabkan complications.

Antara komplikasi yang doktor kata mungkin berlaku adalah:-

  • kecederaan saraf muka,
  • sindrom Frey (berpeluh-peluh semasa makan)
  • kebocoran air liur (salivary leakage)
  • kebas telinga,
  • muka jadi tak simetri


Di garis putus-putus tulah pembedahan akan dibuat.  Agak panjang.  

Ada berlaku pembengkakan di bawah leher Mama.  Dah lama dah sebenarnya.  Mula kecik je, mama pergi clinic doctor kata takda apa-apa.  Doctor kata mungkin kelenjar sebab ambil barang berat, kelejar sebab ada ulser dalam mulut.  Macam-macam dan begitulah selagi sesuatu itu tidak memberi kesakitan.

Lama-lama semakin besar dan mama sakit.  Mama bergantung pada ubat.  Barulah doctor refer mama ke bahagian sepatutnya.


Sebelum operation.  Sorry la mama..tengah makan ammi snap gambar.  Masa ni gambar mama sebelum nak admit kat spital which is on 19.1.2021.  Kena masuk awal sehari untuk buat swab test bagaikan.

So, pada 20.1.2021 awal pagi ammi dan Along dah sampai ke hospital.  Operation schedule at 8-9 a.m.  Masa ammi pergi during the last appointment doctor kata operation will take around 4-5 hours.  So kitorang bajet dalam pukul 1 dah settle.

Along and ammi tunggu macam apa ntah.  Asal bukak je pintu sliding OT room tu kitorang jengah kepala.  "Oh..not our mom".  Asal bukak je "not mama".  Dahlah monitor kat luar OT tu tak function.  Apa situasi kat dalam tu pun kitorang tak ketahuan.  Ammi gi solat zohor, asar, maghrib semua lelaju sebab takut mama dah keluar dari OT.  Dahlah nak solat pun jauh bukan main.  Surau-surau kecik kat dalam bangunan tu semua hanya untuk staff...orang luar kena solat diluar.  

Finally, pukul 8.20 malam baru mama keluar.  Dengan muka yang super bengkak... tengah type ni sebak pulak teringat muka mama masa keluar.  Maka 3 orang anak mama kerumun kat katil mama masa mama nak dibawa ke ward.  Nurse benarkan sorang2 jenguk mama dalam ward.  Yelah dah lepas waktu melawatkan.

Ammi tanya nurse kalau2 mama boleh ada penjaga untuk malam ni.  Mujur nurse kata boleh.  Sepatutnya tak boleh ada penjaga dimusim Covid ni. Tapi kes mama ammi, nurse kata boleh.  Fuhhhhh lega rasa.  Ammi ambil peluang untuk jaga mama malam tu.  


Ni lepas keluar ward...ammi rasa bengkak muka mama.


Esoknya lagi bengkak.  Tak tahan wei tengok.  

Sekarang setelah lebih sebulan operation, muka mama masih tak simetri, bibir masih tak surut.  Keputusan dah keluar dan hmmmmmmm.

**********************************************************

Ada kejadian ammi bertekak dengan security kat pintu utama.  (Nanti ammi share kisah yang buat ammi naik hangin)

4 comments:

  1. Allahu..semoga mak diberikan kesembuhan...walang hati kalau tengok mak kita sendiri sakit kan..mcm tu la SA sepanjang mak sakit dari 2016...

    ReplyDelete
  2. moga di beri kesembuhan sepenuhnya buat mama ammi...

    ReplyDelete
  3. Allahu, semoga diringankan kesakitan dan diberi kesembuhan pada mama

    ReplyDelete
  4. Allauakbar.. moga diberikan kesembuhan buat Mama Ammi...

    ReplyDelete