Mode tekak anak India onzzzz

Sesekali suis tekak anak India ammi on. Tekak adakala macam rindu je nak makan sarapan Indian style. Nak makan kat kedai India ammi dah tak berapa nak lalu dah kat tekak. Dedulu mcm belasah je tapi semakin kita belajar alhamdulillah semakin adalah ilmu yang masuk dalam kepala otak ni.

Masa kekecik dulu Acama yang jaga kitorangkan..so memang sarapan versi Indialah dia sajikan.  Tapi setiap hari mesti ada telur 1/2 masak.

Ni sarapan sempoi...tempoh masak dia campur prep dalam 15 minit je.  Itu pun termasuk ko berjalan keluar petik daun kari.


Bawang merah, bawang putih, cili kering, ikan bilis, daun kari & biji sawi campur.


Tepung Semolina.  Sangai tanpa minyak jap biar dia masak pastu keluarkan dari kuali.

Cara:
1.  Tumis biji sawi campur
2.  Masukkan ikan bilis biar garing sikit.
3.  Masukkan kawan-kawan yang lain.
4.  Masukkan air panas, garam, gula
5.  Masukkan tepung semolina yang disangai tadi.
6.  Gaul sebatikan (kalau tak cukup tambah air) dan siap.


Ammi panggil Rawa.  Nama sebenar dalam India adalah something with "rawa" gak..tapi lupo dah.

Kenyang makan ni.  


5 comments:

  1. menarik ni ammi... memang nampak gaya india bila ada daun kari dan segala rempah tu... mesti sedap bau

    ReplyDelete
  2. Pernah ternampak tapi tak pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
  3. Oh nak try buat lah nanti. Kebetulan baru beli daun kari. Tepung semolina je blom beli.
    Thanks for sharing Ammi.

    ReplyDelete