Ozil 1st day in School

Pengalaman tahun 1 2021 amat berbeza. Untuk Kyra & Khilfi dulu at least ammi pun bersiap sekali untuk hantar ke sekolah. Tapi untuk Ozil, memang parents tak boleh hantarkan. Jadi anak jelah siap dulu. Ammi siap lenggang mak limah jelah.

Ammi letak je kat blog ni sebagai kenangan sebab Kyra & Khilfi semua ada entry 1st day at school.  


Kejut sekali je terus bangun.  


Excited dari January...tapi March baru dapat merasai keterujaan nak berbaju sekolah, bag sekolah, kasut sekolah.  Sian budak2 ni.


Amiklah gambar lebih sikit... ater kat dalam rumah je boleh ambil gambar pun.

Lepas Ozil ke sekolah ammi pun siap2 untuk ke office.  Ye ammi tak cuti pun uollss. Abah, abang, kakak ada kat rumah.  Insyaallah mereka boleh pantau.


Cikgu share gambar masa rehat...Ammi tercari-cari mana anak bongsu ammi.  Ohhhhh kat belakang tu rupanya.  

Jangan tidur ye duduk kat belakang tu.

Masa balik dari sekolah pagi 1st day tu ada tragedi sikit.  Abah dah cakap kat dia tunggu kat pintu belakang.  Tempat abah hantar pagi tadi.  Tapi dia bantai tunggu kat pintu utama.  Punyalah lama abah tunggu.  Nak pusing takut dia kebelakang.  Nak tunggu macam lama lah sangat.  Serba salah abah.  

Sudahnya dekat 1.40 gak barulah abah & anaknya bertemu.  Huhuhuhu.


Sebab dah lambat...tak mandilah dia masa nak kesekolah agama di hari yang pertama.  Takpelah.  Budak umur dia ketiak belum masam lagi.  hahahha

5 comments: