Resepi Sotong Selera Ammi

Hari Sabtu haritu tekak teringin nak makan sotong. Terbayang sotong yang pedas-pedas masam sikit. Alahaiiii macam orang pregnant pulak.

Maka pergilah abah ke pasar demi memenuhi kehendak  tekak isteri.  Ater...petang nanti abah nak gi main bola..gilalah kalau tekak ammi tak dilayan.  Mau ammi kunci pintu pastu sorokkan kunci.  Hahhahaha macam queen control nau bunyinya.

Bahan:
  • Sotong 1kg
  • 1 labu bawang besar ( blend)
  • 5 ulas bawang putih (blend)
  • Cili padi sikit (nak bagi pedas sikit)
  • Cili hijau / merah (blend)
  • Serai
  • Halia & Lengkuas
  • Perahan limau (ammi letak lemon sbb limau takdo)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • Garam, gula merah, perasa
Cara:
  1. Ammi masak air pastu rebus sotong tu kejap.  Takmo bagi sotong tu berair sangat.
  2. Panaskan minyak, masukkan serai, halia, lengkuas.
  3. Masukkan bahan blend, masak sampai cili tu masak.  Masuk lada hitam.
  4. Masukkan gula merah, jus limau, sos ikan, garam bagai..
  5. Masukkan sotong dan bawang hiris, gaul biar sebati.
  6. Siap


Ammi pakai chopper je biar tak halus mulus.



Halia, lengkuas, serai & perahan limau



Tak berapa nak pedas sebab nanti kesian pulak Ozil payah nak makan.  Dahlah sotong tu favourite dia.




4 comments:

  1. SA kalau masak sotong pun biasanya akan celur dulu..then tos lama skit airnya...so takde la nanti masakan kita berair kan...

    ReplyDelete
  2. menarik tengok resepi akak ni, simple tapi bahan-bahan menarik

    ReplyDelete
  3. Yummy...tarik air liur balik hehhe

    ReplyDelete